Sunday, February 15, 2009

OLE di Sedim "Team Building"...


Selamat sejahtera diucapkan kepada semua penduduk2 di luar dan juga di dalam blog...
Saya selaku penulis blog hari ini iaitu... Jerrold Lincoln atau nama glamour kat UniKL MSI Jay.. akan membentangkan aktiviti kami yang latest iaitu Team Building yang telah berlangsung secara terus-menerus dibawa arus, pada 14 dan 15 februari lepas di Sedim Resort, Kedah.

Sehubungan itu, kami berempat yang bertugas di UniKL MSI ini telah diberi tugas @ responsibility @ amanah @ lain2 lagi untuk mengendalikan Camping untuk 10 org bebudak KMKN tersebut. Kami telah menyahut cabaran itu sebagai mana pepatah mengatakan, "Sedangkan lidah lagi tergigit,jangan disangka tiada buaya"...

Saya dengan kuasa VETO dan sewenang-wenangnya telah melantik saya sendiri untuk menjadi CampCom. pada miting yang sebelum nya berlangsung perkhemahan tersebut dan miting itu tersebut hanyalah dihadiri oleh saya sendiri di perkarangan bertempat di UniKL MSI. Untuk itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah mengundi saya. Disini saya sertakan Ahli Jawatankuasa Team Building yang lain..

J = CampCom & Akitiviti Ice Breaking
Yuz = Disiplin & Akitiviti Night Walk
Zue = Makanan & Aktiviti CampCrat
Afiq= Pegawai Sukan & Aktiviti Treasure Hunt

Selama dua hari perkhemahan ini berlangsung.. kami telah mendapat sedikit-sebanyak ilmu dalam menghadapi arus yang deras lagi sejuk di Sedim. Walaupun menggigil dalam kesejukan di pagi buta kami telah berjaya menjalankan tanggungjawab bersama. Bak kata pepatah, " di mana bumi dipijak, biarlah dari rebung nya.."

Oleh kerana masa mencemburui kami, sebagai penutup, di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan tersebut.

Yang Benar,
Jayrell Linkern.

Sebelum saya berundur diri juga.. saya rekomen juga untutk kawan-kawan dan juga ahli2 perjuangan OLE untuk datang bersama-sama ke Sedim kerana pelbagai aktiviti yang kita boleh buat di sini... Seperti, Jungle trekking ke Gunung Bintang (2 hari), kayaking, rafting juge....
So... anda juga dipesan yang aktiviti2 ini bukanlah percuma kerana tiada benda yang percuma sekarang di dunia yang moden lagi canggih, bak kata pepatah, "harapkan pagar,buat jahat jangan sekali-kali".

Sekali lagi..
Yang Benar,
Jayrell Linkern.

Tambahan lagi.. unutk makluman kami telah dijemput dan akan menghantar satu pasukan Frisbee ke UiTM Kedah bertarikh 28 Februari 2009.

Yang Benar,
Jayrell Linkern.

5 comments:

NuR said...

ewww...dijemput ke?mbelot uitm neh...men utk unikl kn...repot2...

Anonymous said...

Untuk makluman UiTM....
Kami di UniKL dengan ucapan tunggulah kemunculan kami..
MSI!!!....
( belot sket2 jer.... hehehe..)

Yang Benar.....
(__________)

Anonymous said...

Untuk makluman pihak lain juga..kami sedang berpraktikal kat UniKL MSI..so,kami kena wakil UniKL..bukan belot..cuma ingin menghapuskan team Uitm..

NuR said...

xpe2..org yang ingin mbelot 2 da dkenal pasti...pic akan dihantar ke uitm utk tindakan lanjut..mekasey.

Sukahatiadam said...

aktiviti yg menarik..bila nak mai sedim lagi..bnayk lgi xtvt boleh dibuat.. cek lah blog sedim sy ni