Wednesday, February 18, 2009

Inilah kami....

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua rakyat...
Disini saya ingin menjadi penulis blog sekali lagi dan benarkan lah saya menceritakan siapakah kami di sebalik OLE..

Sehubungan itu disini saya sertakan 16 episod mengenai kami..
Inilah kami...

1st episode....
Nina/Female

Beliau adalah seorang backbone kepada penubuhan OLE suatu masa dahulu. Beliau juga difahamkan meminati band dari indonesia iaitu Andra & The Backbone. Nina merupakan seorang gadis lasak lagi kuat bagaikan harimau bintang. Beliau adalah pemimpin wanita yang berkaliber di mana telah mengajar kami serba sedikit perihal Outdoor recreation. Ini adalah seperti, "Pindahkan batu-batu ini.."

2nd episode...
Glow/Female

Glow merupakan salah seorang anggota yang agak peramah, lembut dan lebih2 lagi terhadap binatang peliharaan, iaitu KUCING.. "Suke-suke"... Beliau adalah antara anggota OLE yang mempunyai basikal yang berkaler hijau (Warna tema OLE). Beliau seorang yang pemalu tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Itulah beliau. Kejayaan beliau adalah berkayuh basikal menggunakan kaki mengelilingi Pulau langkawi. Kami turut berbangga!!!

3rd episode..
Zue/Female

Beliau merupakan anak kelahiran Mak Mandin Hijau, Penang (hijau warna OLE tuu... ). Zue merupakan seorang yang terlalu aktif sehingga boleh bercakap dengan diri sendiri. Kadang-kala beliau berketawa tanpa sebab sehingga kami sendiri berasa hairan dan meninggalkan tanda tanya. Zue mempunyai basikal berkaler merah. Kejayaan terbesar beliau adalah berbasikal mengelilingi Pulau langkawi pada awal tahun 2009. Tahniah diucapkan!!!

4th episode..
Adah/ Female

Beliau merupakan AJK Makanan tetap untuk Group OLE ini. Terima kasih adah. Beliau bukan sahaja membekalkan makanan sewaktu Camping mahupun aktiviti bahkan juga membekalkan makanan ringan dan berat sewaktu di dalam mahupun di luar kelas. Terima kasih sekali lagi Adah. Beliau adalah seorang berperwatakan tegas dalam perihal makanan dan berdedikasi serta bermotivasi tinggi bak Gunung Bintang dan Gunung Santubong. Ganbate Kudasai!!

5th episode..
Napisah/Female

Napisah aka Goreng Pisang bak kata Dr Kwame adalah berperwatakan wanita cun (a'ah ler..)
Beliau juga wanita yang lasak dan adventurous. Minatnya terhadap bidang Outdoor ini sangat mendalam sedalam lautan pasifik dan juga sungai Gombak. Napisah atau Nep, hobinya mengumpul setem (still update..). Beliau juga sangat fasih berbahasa mandarin..huhuh

6th episode..
Angah/Female

Angah merupakan wanita yang berkaliber dari segi Outdoor dan meminati sukan Frisbee ( Sukan kegemaran neh..). Beliau juga adalah seorang yang lasak seperti wanita lain di dalam apa jua aktiviti yang telah sertai. Ini adalah seprti, Qi Qong,Bootcamp,Pilates dan juga Kickboxing!!
Chaiyok-Chaiyok!!!

7th eposide..
Yuz/Male

Mohd Fairuz atau lebih dikenali dengan Yuz di kalangan rakan mahupun rakan sekerja ataupun staf HEMS( ehem2...promote sket UniKL). Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan penuh berwibawa dalam bidang Outdoor. Beliau dikatakan adalah bekas atlit Tinju sekolah. so berhati-hatilah anda di luar sana. Beliau memang handal atau cukup berbakat dalam arena Bola. Seperti contoh, Bola sepak, Bola Baling, Bola Tampar dan Bola api dan Bola lagi dan lagi-lagi bola.

8th espisode
Jayrell/Male

Jay bukan nama sebenar tapi memang cukup popular di kalangan student mahupun juga staf di UnkKL MSI (promote lagi.. ampeh..). Beliau sememangnya cukup berbakat di arena Outdoor. Meminati sukan motor (walaupun tiada kenderaan bermotor).Beliau adalah bekas atlit negara yang cukup hebat dan gah di persada antarabangsa( Cewahh..) hanya nasib tidak menyebelahi beliau.

9th episode
Apize/Male

Apiz anak kelahiran dari Bumi Kenyalang ini merupakan penggiat aktif dalam bidang Outdoor mahupun BLOG.(Jenguk2 sikit blog beliau..). Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi minat yang sangat dalam dalam bidang ini. Lebih dalam lagi dari Lautan Hindi. Bak kata pepatah "alang-alang menyeluk pekasam, gunung daik bercabang tiga"

10th episode
Latip/Male

Latip adalah merupakan pembimbing yang lagi pandai berkata-kata. Beliau mampu menjalankan tugas sehingga tugas yang tidak dapat diselesaikan akan menjadi selesai juga dan kadang kala tugas itu yang akan menyelesaikan diri sendiri dan akhirnya selesai lah tugas itu. Beliau juga mempunyai kemahiran merekacerita disamping mentidakbetulkan apa yang betul.Serangga merupakan kelemahan beliau.

11th episode
Afiq/Male

Afiq adalah anak muda yang mempunyai cita-cita tersendiri. Beliau sangat handal dalam arena tarian. tarian masa kini (Shuff..). Bukak payung... adalah tema diberi kerana mempunyai pengalaman dan kisah yang tersendiri dalam hidup beliau.

12th episode
Zali/Male

"Im not an active person before, but right now stil not an active person" itu adalah ayat2 memukau yang pernah kami dengar semasa kami bersama menjalankan praktikal di sebuah tempat yang agak panjang cerita nya. Dalam pada itu beliau juga mempunyai basikal yang berkaler hijau menyala menyakitkan mata dan pandangan.

13th episode
Sosa/Male

Berbadan tegap, citer jepun dan korea adalah kegemaran beliau yang tidak dapt dinafikan lagi. Kalau berani bole cuba untuk bertinju bersama dengan beliau.beliau adalah seorang yang peramah dan baik hati. Beliau meminati semua jenis makanan dan suke juge menghabiskan makanan orang lain. itulah beliau

14th episode
Lan/Male

Azlan adalah merupakan ketua Kampung di Taman Negara Pahang. beliau dikatakan mempunyai bakat untuk berhubung dengan haiwan dan serangga. Janganlah anda cuba mempertikai apa yang saya telah nyatakan ini. Beliau meminati acara POCO-POCO dan bole menari tarian tersebut di mana jua dia berada dan pada bila2 masa. (bagi jer music... )

15th episode
Awel/Male

Awel seorang jejaka yang hensem lagi mantap di bahagian tubuh badan yang tertentu (Rahsia). Beliau merupakan seorang yang cukup periang seperti kanak-kanak ribena. beliau walaupun tak ringan tapi agak kuat di hati untuk menempuh segala rintangan dan dugaan terutamanya ketika bulan puasa.

16th episode
Tempe/Male

Tempe nama diberi, ini adalah mungkin kerana sememangnya muka cam tempe gk. Walaupun beliau seorang yang agak2 berani. Beliau adalal orang yang berhati kering, tinggi lampai cam Tom Cruise. Beliau juga merupakan atlit yang cemerlang satu masa dahulu. Bukan calang-calang orang.


Segala maklumat di atas adalah diakui oleh tuan penulis blog ini..
Yang Benar,
Jayrell Linkern.

4 comments:

pisseylicious said...

tahniah laa jayrell!

Anonymous said...

Tahniah kepada pisseylicious kerana mengucapkan tahniah...syabas...hahhahahah

Anonymous said...

Tahinah diucapkan kepada pissey juga dan ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan juga diucapkan tahniah kepada semua. Tahniah diucapkan!!. Tahniah sekali lagi!!

Apize said...

bravo!