Wednesday, February 4, 2009

Kami di JBS Perak

Salam

Ni cerita hikayat kami di JBS plak.. (Jabatan Belia & Sukan) Perak. Terdiri daripada 4 orang active person yang dah jadi 'im not an active person", Pakar Sukan, Abdul Latif, Pakar Pembangunan Belia, Haffiz Hadran, Pakar Admin Gloria James and Pakar Kompleks dan Fasiliti, Shazali Zakaria. Nak wat program sukan? berjumpa dengan En.Latif. Nak pinjam duit dari Tabung Belia or nak wat Persatuan Baru? jumpa En.Haffiz. Nak mintak kerja,buat kerja or cari keja? jumpa Cik. Gloria dan nak wat tempahan gelanggang, dewan dan padang? jumpa la en.Shazali. Macam gempak jer...cam pegawai..(hahaha)

Minggu Pertama kami amatlah membosankan...sbbnya memang bosan dok sini..dah budak outdoor dok plak opis..jadi pasif la..dok kat meja dalam air cond..dgn xde kerja nya...buang masa depan laptop/pc online memanjang... Minggu kedua? ada la kerja cikit...kerja photostat la byk..dah terer dah photostat2 ni..(leh lawan budak O.L.E Posat Sokan!) Then masing2 ada kerja masing yang perlu di buat dan dihantar dalam tempoh sebulan... Latip busy dengan buat pamplet,brochures dan jadual, Apiz and Glo wat Modul Intergrasi Belia, Zali dengan jadual tempahannya setiap hari. Setakat ni Zali la paling aktif sbb dia yang paling byk kerja (penuh gak la log book dia)

Minggu ke-3 ? haha..minggu ni sibuk dengan mesin Fax..byk surat dan document kena fax ke semua 16 daerah di Perak nih. Setiap hari turun kat opis admin g fax(kat situ je ada mesin fax). tu la kerja2 kami minggu ni... Hujung minggu ni, kami kena g Lenggong. Ada majlis penyerahan cek kepada Persatuan2 yang minta bantuan daripada seorang ADUN. Leh gak blaja protokol2 majlis rasmi kerajaanl.

Kerja di Jabatan Kerajaan

Nak citer sikit pasal time management kat jabatan2 kerajaan ni.. Masuk kerja pukul 8 pagi...punch la sblm pukul 8pagi..then leh la gi minum2 dulu...sampai pukul 9 baru masuk opis. Itulah rutin harian kerja di sini..Bukan kami mengular, tapi dah semua orang xde kat opis 8-9 pagi..diaorag pun suruh kami g minum dulu..jadi terikutla budaya ni. Makan tghhari xpyh punch card, nak kuar pukul berapa pun xpe..masuk pukul 2 ptg...tu pun 2.30 ke atas baru ada kat opis..balik pukul 5..tapi 4.40 dah stop kerja,turun bawah. hehehe...apa2 pun,kami budak praktikal hanya mengikut arus di sini.. itulah cerita kami di JBS..

0 comments: