Monday, October 19, 2009

Convocation Day



















Congratz to all my fren...gud luck in your future...ada vacancy calling2 la...hahaha




Friday, June 19, 2009

Kepada semua Sahabat, Teman, Rakan, dan Kenalan













Sesegar hijau daunan begitulah kita di ibaratkan
Tiada siapa yg bisa memisahkan kita antara kita semua....

Seerat simpulan yg tidak terbuka,
Seteguh langit tinggi menongkah dunia kita mengharung badai atas nama kasih insan bersaudara....

Buang yg keruh ambil yg jernih dendam hasat dengki mestilah dijauhi,
Marilah kita contohi Rasulullah dan para sahabat didalam bersahabat ukhwah dan marhaban kita jalinkan bina keharmonian.....

kawan...
bertahun kita bersama bagai semalam baru bersua

kawan...
dihadapan oh indahnya kita bersama berkelana
namun kita jauh di dunia sendiri , bekalan sendiri, impian sendiri.

Meskipun jauh namun kita tetap bersama dek ruang yg memisahkan kita

kawan...
hidup ini umpama langit yg tidak selalunya cerah

Ingatlah bintang2 di langit takkan terus bergelimpah dan yg indah itu pasti akan hilang

Kawan...
jangan biarkan dirimu bagaikan rama2, cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding

Jangan biarkan dirimu umpama lipan dan kala, berbisa namun akhirnya juga menjadi perhiasan di meja tulis

Oh kawan...
jadilah seperti si matahari, membakar diri demi insan sejagat, jadilah seperti bulan purnama menerangi malam yg gelap gelita, menunjukan jalan demi umat semesta

sekian...

Sunday, June 14, 2009

Bagaimana kita perlu mengorak langkah?

kepada ahli pasukan OLE yang dirahmati, saya telah pun mencatumkan sistem aplikasi blog ini dengan beberapa rujukan yang saya kira anda semua perlu meneliti dahulu sebelum kita pergi lebih jauh. ada beberapa teori dan panduan yang amat penting untuk kita fahami antaranya elemen kepimpinan, sumber survival, outdoor planning dan banyak lagi (sila baca untuk pengetahuan lanjut). maklumat yang terdapat didalam buku ini mendedahkan beberapa skill dan tips yang amat berharga kepada semua penggiat rekreasi malah coretan buku dan journal tersebut diadaptasikan daripada sejumlah besar pengalaman dan pengetahuan penggiat rekreasi bertaraf dunia dan professional secara berkesinambungan diantara teori dan realiti sebenar dalam dunia rekreasi. pada pandangan saya, kita tidak boleh berdiri tanpa pengetahuan dan pengalaman kita sahaja semata2 dan kita perlu selidik dan memahami sebenar benarnya apakah hakikat sebenar rekreasi itu? saya juga telahpun mengucapkan terima kasih kepada pasukan penerbitan buku dan journal tersbut melalui email sebagai tanda penghargaan dan boleh bertukar pendapat, untuk promot blog ini mungkin sukar sebab mereka x phm melayu hehe('_').. selamat mentelaah...

Wednesday, May 27, 2009

Benefit of Outdoor Recreation

Salam...berjumpa lg d ruangan ini setelah sekian lama menyepi...
heheh..lama xmengupdate blog ni..maklumla..cutikan...huhu..
ok...kali ini ada info yg agak berguna la untuk korang semua..xkira d mana jua anda berada...
info ni aku dapat time tgh rajin membaca n surf kat tenet nehh...hehe..saje je nak kongsi ngan korang sumer...
huhu..ilmu tu untuk dikongsi bersama..hehe...xbek kedekut2 ilmu nehh..ok2...
ni sikit info pasal benefit of outdoor recreation...aku harap orang ramai d luar sana amat memahami n secara xlangsung berminat nak involve ngan outdoor recreation nehh...

Dr. Andrew Lepp, assistant professor of recreation, park and tourism management at Kent State, provides a few of the many benefits of outdoor recreation.

1. Outdoor recreation provides psychological benefits.
For example: the prevention or reduction of stress; increased self esteem, confidence and creativity; spiritual growth; and an increased sense of exhilaration, adventure and challenge from life.
(Dr andrew pun cakap outdoor recreation leh prevent and reduce stress...tp kalo kena guling2, kena marah2, kena tengking2 kan makin bertambah stress...xpaham2...huhuhu..tp ntahla...pk la sendiri...)

2. Outdoor recreation provides physical benefits.
For example: aerobic, cardiovascular and muscular fitness as well as improved functioning of the immune system.

3. Outdoor recreation provides social benefits.
For example: increased pride in one’s community and nation as well as opportunities for bonding with like-minded individuals.

4. Outdoor recreation provides economic benefits.
For example: Individuals who regularly participate in outdoor recreation tend to be more productive at work; outdoor recreation creates job opportunities for others leading to economic growth; and the preservation of the natural areas needed for outdoor recreation increases property values.

5. Outdoor recreation provides environmental benefits.
For example: The increased environmental awareness and concern which results from outdoor recreation can lead to increased involvement in environmental issues.

huhu..sebenarnye banyak lg benefit outdoor recreation ni...
harap..org d luar sana yang kurang berminat ngan outdoor recreation cuba2 la tanamkan minat tu...sebab banyak faedahnye...hehe...ciao..

Thursday, April 23, 2009

The gratitude


Jelajah langkawi pada Januari 09 bersama Mr. Tan (Senior Trainer di Wilderness Centre)

Bersama En. Abu Bakar (Pensyarah Outdoor Recreation kami yang disayangi)

Abseiling Activity (dikendalikan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM)



Ascending activity (dikendalikan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM)


Berbasikal di Bukit Cerakah Shah Alam


Kayak di Tasek Putrajaya (seat on top)



Berlayar diatas Damai Indah (Kapal Milik Eva) mengelilingi Pulau Langkawi

Aktiviti Flying Fox (juga dikendalikan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM)


Perbincangan dan perancangan sempena "10 days kayak course" di Langkawi

Final Camp di Padawan, Sarawak 2006

Sebagai penggiat rekreasi, O.L.E sebulat suara dan berbesar hati untuk melakukan satu anjakan paradigma ke atas prinsip rekreasi yang lebih mantap dan efektif di dalam pengurusan dan penganjuran kem rekreasi luar terutamanya di Malaysia ini. Dengan meletakan kepercayaan iaitu rekreasi sebagai satu batu loncatan kepada perbentukan revolusi insan dan survival alam, maka O.L.E berasa terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan ideologi dan "streotype" dikalangan 'sesetengah' penganjuran aktiviti rekreasi luar terhadap kepentingan ideologi dan ciri kepimpinan yang lebih berkesan demi memartabatkan masa depan REKREASI di Malaysia. Ideologi ini akan 'diperkenalkan semula' sementara perancangan rapi sedang diatur oleh pasukan O.L.E yang bakal memunculkan imejnya di seluruh pelosok tanah air sedikit masa lagi insyaAllah...

Wednesday, April 22, 2009

[VIDEO]O.L.E Day Gathering with their beloved mum, Madam Hajar

O.L.E Day Gathering with their beloved mum, Madam Hajar











Love You, Madam Hajar



Kali ini saya sekali lagi dan berkali lagi tak terhingga kalinya, ingin menceritakan lagi aktiviti OLE dimana kali ini kami telah mengadakan perjumpaan dengan pensyarah tercinta iaitu Madam Hajar..

Perjumpaan tersebut hanya diadakan di perkarangan, simpang, di dalam Giant jer..
Disini kami telah diberi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang lagi bernas diberikan oleh Mdm Hajar yang kami takkan lupakan sehingga bila2 masa pun.

Untuk itu kami OLE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mdm Hajar kerana memberi semangat sepenuhnya yang berguna untuk kami dimasa depan nanti.

Yang Benar,
Jayrell Linkern 09

TEAM! REGROUP!!


































O.L.E Gathering


Untuk Pengetahuan blogawan2 di luar sana. Kami OLE seramai 14 orang dimana mewakili 9 lelaki dan 5 wanita telah mengadakan satu gathering a.ka. reunion kecil-kecilan di seksyen 2 bersebelahan Kentucky Fried Chicken (KFC, 2009). Bak kata Ahli Kumpulan Kangen Band "Kembali Pulang".


Reunion ini merupakan berakhirnya pratikal kami dimana sebahagian anggota OLE nya dulu diterbangkan ke Langkawi namun terus ke Kulim (kedah), JBS (Perak) dan sebahagian lagi hanya menggunakan teksi/ bas iaitu di Pusat Sukan dan Gym FSR (UiTM).

Disini kami telah bersua sesama sendiri setelah sekian lama kami menghabiskan diri dengan Praktikal dimana kami telah berkongsi pengalaman mengenai Praktikal kami selama 12 Minggu (+ 2 minggu untuk berkenaan). Ini merupakan perjumpaan OLE julung kalinya pada tahun ini dan kami sebulat suara agar OLE akan diteruskan juga walau berakhirnya pembelajaran kami di UiTM.

O = Outdoor
L = Life
E = Experience

Date- 13th April 2009
Place- Seksyen 2, Shah Alam

Yang Benar,
Jayrell Linkern 09


Thursday, April 2, 2009

OLE n BLOOD DONATION...

Jom deRma DarAh.....















Salam sejahtera buat semua blogawan2...baik yang baru dan yg lama juge..
Bertemu lagi kita di post yang baru ini...maklum lar agak sibuk dengan kerja masing2 baru skarang berpeluang untuk mlaporkan aktiviti 2 minggu yang lalu..hehe



Sekarang jam tepat 12.32 P.M...adoi patot lar perut ku sedang meNari n Menyanyi riang..hehe
ok,,untuk pengetahuan seMua pada 26 MarCh 2009 sekali lagi geng KULIM telah berjaya menganjurkan 1 lg proGram tok UniKL MSI yg dinamaKan 'UniKL MSI HEALTH AWARENESS DAY 09'............


Hurm..program ni telah mendapaT sambutan yg agaK hangat sehangat daraH yang MengaLir..walaupun program ni sepatotNya adalah kerjasama dengan JawaTankuasa PerwakiLan Mahasiswa UniKL tapi yang daPat dilihat buat kerjanya adaLah Pegawai Praktikal seramai 4 orG sahaja...hurm siapakaH mereKa?? Lu pikiaQ la seNdrik....Yg lain buaT apa? tumPang naMa sudaaaaaaaa......



OK..suDah puaS memBebeL kita kembaLi ke Landasan yg betul hehe....setelah lebih sebulan yang lalu perancangan di aTur unTuk memboleHkan program derma darah n pemeriKsaan kesihatan ni dilaksanakan...tiba hari kejadiaN...pihak hospital Kulim dtg untuk membuat persiapan tempat tepat jam 9 pagi dan disusuli pula oleh Klinik Kesihatan Kulim yang datang untuk membuat persiapan tempat jugak...


Terima Kasih buat Hospital KUlim yang memberikan Komitmen yang cukup baik untuk meLayan kereNah Para Penderma Dare...opppst silap Penderma Darah. Sasaran hospital hanyalah untuk mendapatkan sebanyak 50 penderma yang layak untuk menderma..tetapi kerana student UniKL ni pemurah Org2 nyer sasaraN itu dapat dicaPai dgn jayanya...iaitu seramai 73 orang telah berjaya dikutip darahnye...itu belum termasuk merEka2 yang x laYak untuk menderma tetapi begitu exited nk derma...hurm termasuk lah anggota OLE sendrik..sapa ek? yanG layak untuk mendeRma tapi takut Jarum pulaK...hampeh betul...maCam2 Ragam daaa aper2 pon Tahniah buat JERROLD LINCOLN kerana beLiau berjaya menderma kan Darahnya buat pertama kali daLam hidup beliau....(wakil OLE ni...tok derma darah....hehe)


gambar Jerrold ketika darahnya diambil....

SeteLah Berjaya mengutip daRah dari 73 penderma Yang berjasa...pihak Hospital terpaksa mengundur diri pada jam 3.00PM kerana darah yang dikutip terpaksa mereka serahkan pula kepada pihak Hospital Alor Setar yang pada masa e2 amat Memerlukan darah2 ini....kalau pihak hospital tidaK unDur diri awal sanGat mesti lagi banyak daraH yang mereKa akn dapat....(hurm...betul,,,betul,,,betul)




>Tidak lupa jugak Terima Kasih kepada Klinik Kesihatan Kulim Yang sudi mengadakan pameran serta pemeriksaan Kesihatan bg golongan wanita....Antara xtvt yg mereka buat adalah pemeriksaan barah payudara dan ujian PAP SMEAR bagi wanita yang daH berkahwin...yang belum kahwin xboleh wat ujian ni....hehehe


nurse sdg menunjukan cara memeriksa
barah payudara kepada pelajar


Pihak hospitaL Kulim dan Klinik Kesihatan Kulim kelihatan gembira dgn prograM ni dan BerharaP agar lebih kerap program seumpama nya ini dapat dilakSanakan....(tp...xboleh lar derma selalu....habislah darah nnt hehe)





Oleh itu seBelum laporan ini ditamatkan adalah eLok untuk pihak OLE Kulim mengucapkan dan memberIkan penghargaan kepada sMua yg terlibat secara Langsung atau xada lanGsung dalam program ni...thanks to all nurse and doctor....yg terlibat. Akhir kata...apa yang penting.....KERJASAMA!

















seKian Terima KasiH





yaNg memBuat Liputan,
zue_OLE
PEGAWAI PRAKTIKAL.

Sunday, March 15, 2009

Pulau Sonsong ditawan OLE..








Salam Sejahtera diucapkan kepada blogawan2 di luar sana. Jam sekarang tepat menunjukan 12:36 pm(Tenghari) bersamaan dengan hari Isnin 16 March 2009. Pada hari ini, Saya penulis blog untuk episod kali ini ingin menambahkan lagi koleksi aktiviti2 bebudak OLE di UniKL MSI Kulim.



Pada tarikh 13 March 2009 sehingga 15 March 2009 lalu,kami di UniKL telah mengHITAM dan mengGELAPkan diri apabila mengikuti Ekspedisi Kayak dari Jeti Sungai Udang, Yan, Kedah ke Pulau Sonsong.
Ekspedisi Menggelapkan diri ini adalah merupakan hasil titik peluh Saudara Afiq dimana telah berhempas pulas menyiapkan diri dan program ini sehingga berjaya dan terus gemilang.




Kami seramai 20 pelajar dan 8 Staf HEMS memulakan ekspedisi kayak ini dari Jeti Sungai Udang dimana, Jeti tersebut mempunyai restoran kecilan yang popular dengan MEE UDANG, dan kayak menghala terus ke Pulau Sonsong pada hari sabtu jam 10 pagi waktu Malaysia telah mengambil masa selama 4 jam unutk sampai ke Pulau tersebut. Ini adalah kerana ramai peserta yang baru terlibat dalam ekpsedisi berkayak dan suka melakukan aksi drift dengan menggunakan kayak. Hampehh.. Sepanjang perjalanan kami ke Pulau itu, pelbagai aksi dan kerenah dan tingkah laku yang telah berlaku tapi tak sempat dirakam dimana ramai peserta kecundang di tengah jalan hingga memuntahkan diri di khalayak ramai kerana berasa letih yang amat.

Pada keesokan harinya, kami telah bertolak lebih awal dari sebelumnya iaitu pada pukul jam 9 pagi dan mengambil masa hanya 3 jam untuk sampai ke Jeti tersebut kerana difahamkan pada malam sebelum bertolak, telah membuat pengubahsuian pada aksesori kayak.




Setelah sampai ke destinasi. Semua peserta berasa gembira dan agak longlai kerana berjaya menghabiskan perjalanan yang agak jauh lagi mencabar di panas terik matahari.
Saya mewakili OLE di UniKL ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada sesiapa yang telah berjaya menjayakan program ini. Cerita ini adalah benar belaka dan diakui oleh penulis blog ini.

Yang benar,
Jayrell Linkern