Sunday, March 15, 2009

Pulau Sonsong ditawan OLE..








Salam Sejahtera diucapkan kepada blogawan2 di luar sana. Jam sekarang tepat menunjukan 12:36 pm(Tenghari) bersamaan dengan hari Isnin 16 March 2009. Pada hari ini, Saya penulis blog untuk episod kali ini ingin menambahkan lagi koleksi aktiviti2 bebudak OLE di UniKL MSI Kulim.



Pada tarikh 13 March 2009 sehingga 15 March 2009 lalu,kami di UniKL telah mengHITAM dan mengGELAPkan diri apabila mengikuti Ekspedisi Kayak dari Jeti Sungai Udang, Yan, Kedah ke Pulau Sonsong.
Ekspedisi Menggelapkan diri ini adalah merupakan hasil titik peluh Saudara Afiq dimana telah berhempas pulas menyiapkan diri dan program ini sehingga berjaya dan terus gemilang.




Kami seramai 20 pelajar dan 8 Staf HEMS memulakan ekspedisi kayak ini dari Jeti Sungai Udang dimana, Jeti tersebut mempunyai restoran kecilan yang popular dengan MEE UDANG, dan kayak menghala terus ke Pulau Sonsong pada hari sabtu jam 10 pagi waktu Malaysia telah mengambil masa selama 4 jam unutk sampai ke Pulau tersebut. Ini adalah kerana ramai peserta yang baru terlibat dalam ekpsedisi berkayak dan suka melakukan aksi drift dengan menggunakan kayak. Hampehh.. Sepanjang perjalanan kami ke Pulau itu, pelbagai aksi dan kerenah dan tingkah laku yang telah berlaku tapi tak sempat dirakam dimana ramai peserta kecundang di tengah jalan hingga memuntahkan diri di khalayak ramai kerana berasa letih yang amat.

Pada keesokan harinya, kami telah bertolak lebih awal dari sebelumnya iaitu pada pukul jam 9 pagi dan mengambil masa hanya 3 jam untuk sampai ke Jeti tersebut kerana difahamkan pada malam sebelum bertolak, telah membuat pengubahsuian pada aksesori kayak.




Setelah sampai ke destinasi. Semua peserta berasa gembira dan agak longlai kerana berjaya menghabiskan perjalanan yang agak jauh lagi mencabar di panas terik matahari.
Saya mewakili OLE di UniKL ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada sesiapa yang telah berjaya menjayakan program ini. Cerita ini adalah benar belaka dan diakui oleh penulis blog ini.

Yang benar,
Jayrell Linkern

Thursday, March 5, 2009

We Are ThE cHamPioN....






Salam Sejahtera saya ucapkan dan jam pada waktu ini tepat menunjukkan 09:05 pagi bertarikh 06 March 2009..

Di pagi yang cerah, dimana kala saya berpakaian kasual, smart ini, di sini Ingin saya menceritakan apa aktiviti dan perkembangan yang telah berlaku dan terjadi di kalangan Budak-budak OLE di muka bumi ini.

Hari ini dalam Sejarah - Bertarikh 28 Februari 2009 bertempat di UiTM Merbok Kedah. Pasukan UniKL telah mencipta dan melakar sejarah sendiri dimana telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan Frisbee Jemputan UiTM Kedah 2009. Pasukan yang bari ditubuhkan ini disertai GENG Kulim dan JBS Ipoh dan Bebudak UniKL telah berjaya menaikan dan mengharumkan nama UniKL di mata dunia. Di pertandingan akhir telah menyaksikan UniKL berjaya menumpaskan UiTM Arau Perlis. Dengan jaringan 4-3.
Untuk makluman tiada gol sendiri yang telah dijaringkan.

Oleh kerana masa mencemburui saya..
Untuk itu saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada semua kerana membantu secara langsung mahupun tidak secara langsung juga secara tak sengaja melibatkan diri dalam menjuarai pertandingan ini.

Jam sekarang telah menunjukkan 09:20 pagi bertarikh 06 March 2009..
Apa-apa pun...
Apa yang Penting..!! KeRjaSaMA!!!

Yang Benar,
Jayrell Linkern

Wednesday, March 4, 2009

Gambar Frisbee di Kedah

Salam, kepada O.L.E dan student UniKL yang nak tengok gambar kat UiTM Kedah haritu, sila layari Blog Apize di http://apize.blogspot.com

lawatan sambil blajar geng keling oopss KULIM ke shah alam



sate kajang ness~


hahaha...pada tanggal 28hb, geng ole d kulim(geng kulim) tlah membuat lawatan sambil belajar mereka ker Uitm Shah Alam..
Kehadiran mereka d shah alam adalah utk berjmpa dengan supervisor mrka masing2 dimana supervisor mrka adalah penysyarah mereka sendiri...apa kejadahnya sumer ni...tp dari sumber2 yang boleh dipercayai, mreka bkan brjmpa lcterer,tp brmain bowling dan makan satey brsama2...ini xbleh dibiarkan...kerana akan buruk akibat kpd diri mrka sndiri...
apa yang aku mrepek neh????
terima kasih...
yg benar
Kebenaran...