Sunday, March 15, 2009

Pulau Sonsong ditawan OLE..








Salam Sejahtera diucapkan kepada blogawan2 di luar sana. Jam sekarang tepat menunjukan 12:36 pm(Tenghari) bersamaan dengan hari Isnin 16 March 2009. Pada hari ini, Saya penulis blog untuk episod kali ini ingin menambahkan lagi koleksi aktiviti2 bebudak OLE di UniKL MSI Kulim.



Pada tarikh 13 March 2009 sehingga 15 March 2009 lalu,kami di UniKL telah mengHITAM dan mengGELAPkan diri apabila mengikuti Ekspedisi Kayak dari Jeti Sungai Udang, Yan, Kedah ke Pulau Sonsong.
Ekspedisi Menggelapkan diri ini adalah merupakan hasil titik peluh Saudara Afiq dimana telah berhempas pulas menyiapkan diri dan program ini sehingga berjaya dan terus gemilang.




Kami seramai 20 pelajar dan 8 Staf HEMS memulakan ekspedisi kayak ini dari Jeti Sungai Udang dimana, Jeti tersebut mempunyai restoran kecilan yang popular dengan MEE UDANG, dan kayak menghala terus ke Pulau Sonsong pada hari sabtu jam 10 pagi waktu Malaysia telah mengambil masa selama 4 jam unutk sampai ke Pulau tersebut. Ini adalah kerana ramai peserta yang baru terlibat dalam ekpsedisi berkayak dan suka melakukan aksi drift dengan menggunakan kayak. Hampehh.. Sepanjang perjalanan kami ke Pulau itu, pelbagai aksi dan kerenah dan tingkah laku yang telah berlaku tapi tak sempat dirakam dimana ramai peserta kecundang di tengah jalan hingga memuntahkan diri di khalayak ramai kerana berasa letih yang amat.

Pada keesokan harinya, kami telah bertolak lebih awal dari sebelumnya iaitu pada pukul jam 9 pagi dan mengambil masa hanya 3 jam untuk sampai ke Jeti tersebut kerana difahamkan pada malam sebelum bertolak, telah membuat pengubahsuian pada aksesori kayak.




Setelah sampai ke destinasi. Semua peserta berasa gembira dan agak longlai kerana berjaya menghabiskan perjalanan yang agak jauh lagi mencabar di panas terik matahari.
Saya mewakili OLE di UniKL ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada sesiapa yang telah berjaya menjayakan program ini. Cerita ini adalah benar belaka dan diakui oleh penulis blog ini.

Yang benar,
Jayrell Linkern

6 comments:

NuR said...

hehe.....musti besh bkayak kn...lg2 bwak org y 'xpert'..hehehe....tahniah ler...huhu..nang dsyat kamooo sume...hikhik

Anonymous said...

athniah ah t0k sume yg berjaya sampai ke destinasi..huhuh
koramg mmg dasyat arr
tahniah skali lg tok afiq yg menjayakan pr0gram kayak ness..
h0hoh0

Anonymous said...

Tahniah sekali lagi dan tahniah diucapkan....

Anonymous said...

yer...Tahniah untuk diri sendiri...huhuhh

Anonymous said...

yeeehaaa....best wo..Tahniah Lar tok aku gak hek3..

O.L.E said...

tahniah kerana mengucapkan tahniah kepada OLE