Sunday, June 14, 2009

Bagaimana kita perlu mengorak langkah?

kepada ahli pasukan OLE yang dirahmati, saya telah pun mencatumkan sistem aplikasi blog ini dengan beberapa rujukan yang saya kira anda semua perlu meneliti dahulu sebelum kita pergi lebih jauh. ada beberapa teori dan panduan yang amat penting untuk kita fahami antaranya elemen kepimpinan, sumber survival, outdoor planning dan banyak lagi (sila baca untuk pengetahuan lanjut). maklumat yang terdapat didalam buku ini mendedahkan beberapa skill dan tips yang amat berharga kepada semua penggiat rekreasi malah coretan buku dan journal tersebut diadaptasikan daripada sejumlah besar pengalaman dan pengetahuan penggiat rekreasi bertaraf dunia dan professional secara berkesinambungan diantara teori dan realiti sebenar dalam dunia rekreasi. pada pandangan saya, kita tidak boleh berdiri tanpa pengetahuan dan pengalaman kita sahaja semata2 dan kita perlu selidik dan memahami sebenar benarnya apakah hakikat sebenar rekreasi itu? saya juga telahpun mengucapkan terima kasih kepada pasukan penerbitan buku dan journal tersbut melalui email sebagai tanda penghargaan dan boleh bertukar pendapat, untuk promot blog ini mungkin sukar sebab mereka x phm melayu hehe('_').. selamat mentelaah...

15 comments:

Jayrell_OLE said...

Baiklah...
Bersama kita menuju puncak!!
Segulai Sejalai!!

Yuz_OLE said...

haha..bagus2..banyak info tu...
i like...Menuju Puncak Kejayaan

Anonymous said...

Ahli Kumpulan O.L.E Sdn Bhd?

dah daftar ROC ker?

sesuke sdn. bhd.

ke syok sendiri?

ke suke sendirian bawak ilmu sendiri.

ke yang bawak tu dah cukup pandai nak bawak sendiri?

buat dulu baru tau...

biar orang hentam pulak bila ada yang tak betul...

baru tau rasa macam mana...

fikir-fikirkanlah.....

O.L.E said...

biarla orang nak kata apa.. apelah watper takut ngan orang len, rileks dulu.. planning tu yg penting.. kite ada strategik management jangan terburu-buru.. kalo p register ROC sekalipun wat rugi Rm70 ja kalo blum jalan projek lg.. ish2 x blaja ETR ke ape? dah siap rangka kerja sumer dah beres barulah OLE berGERAK!! heh

Abdul Latif Bin Ab. Razak said...

Forza OLE, voi sete miei amici e bravi.. io tiamo voi..ciao

Jayrell_OLE said...

Biar la orang hantam macam manapun..
Hantaman tu tuk kebaikan gak..
Kene belajar menerima keburukan tuk perbaiki lagi neh..

Dalam mana2 projek kita buat mesti ade kebaikan dan keburukan..
Para2 sakura eh.. para peserta mesti akan bagi feedback buruk dan baik..

Yang buruk tu jangan la kita hantam peserta tu tapi ubah,perbetulkan dan teruskan perjuangan..

Ape2 pun semoga berjaya tuk semua.
Forza!! Mugello!!

Anonymous said...

tak gerak ke mana kalau suke tunjuk pandai.

SS boleh la.

Kacang Lupakan Kulit betul nangoi-nangoi ni.....

Cahaya_Kebahag!aan said...

all da bez pada siapa yg mengikuti aktiviti outdoor n pd siapa yg terasa nk join belajar2 la k... ilmu same2 kiter kongsi k.. yg baik itu smua dari DIA & yg buruk tu adalah ujian dr-NYA... tanx pada smua yang sudi kongsi ilmu dgn kami & yg sudi menerima ilmu dr kami yg masih baru....(^__^)

Yuz_OLE said...

yuhuu....hangat nampaknye...awat ceq?
anyway..thanks n kredit to mr anonymous...
kawan2ku..kite kena terima kritikan n idea org lain utk maju kehadapan...
kpd en.anonymous...nk komen pun,bg la komen yg bernas..bukan komen tahap tabika kemas camni...
anyway..thanks...at least ada gk yg sudi memberi komen...huhu..
maaf kalo ada salah n silap...
mati itu pasti..hidup itu insya...

Indah Homestay Ipoh said...

Imam Al Ghazali pernah menyimpulkan ada 4 macam kategori manusia iaitu:

1) seorang yg mengetahui dan mengerti bahawa dirinya itu tahu, itulah dia seorang yg alim, maka ikutilah mereka

2) seorang yg mengetahui tetapi tidak tahu bahawa dirinya itu tahu, itulah org yg tidur, maka bangunkanlah ia

3) seorang yg tidak tahu dan sedar bahawa dirinya itu tidak tahu, itulah dia org yg meminta petunjuk, maka berikanlah ia petunjuk

4)seorang yg tidak mengetahui tetapi tidak sedar bahawa dirinya itu tidak tahu, itulah dia org yg bodoh

sama2 lah kita bermuhasabah ok

Indah Homestay Ipoh said...

nafsu selalu dikaitkan dengan sifat2 yg buruk dan nafsu pada manusia dpt dibahagikan kepada 4 iaitu:

1) nafsu bersifat Rububiah - menyombong diri

2) nafsu bersifat Syaitaniah - tidak menerima kebenaran

3) nafsu bersifat Bahamiah - tidak punya malu

4) nafsu bersifat Sabu`iyah - bersikap diktator atau kejam

pada saya biarlah org mengatakan yg kita Syok sendiri namun Allah akan sentiasa bersama dengan orang yg tidak lokek untuk berkongsi ilmu walaupun ilmunya tidak sebesar mana, wahai saudaraku ingatlah sungguhpun ilmu sebesar gunung ganang lagikan runtuh, jangan disangka ilmu sebesar nyamuk dapat menewaskan gajah..

terima kasih kerana dapat menyediakan blog yg banyak membantu

sama sama kita berkongsi maklumat ya

Abdul Latif Bin Ab. Razak said...

ye betul terima kasih anynomous, sekurang2 kurangya anda sedia memberikan pendapat.. ya kami sedar kami adalah seperti yg anda gambarkan.. insyAllah kami x lupa ape yg diberikan oleh kalian semua.. kami x pernah lupa dan selalu terpahat di hati kami walaupun bukan pada ucapan kami..

apa apa pun kita x baik bermusuh kerana segala amalan baik yg kita lakukan di dunia ini pastinya akan merugikan kita di akhirat kelak, kerana semuanya akan diambil oleh orang yang telah kita musuhi

maaf kalau kami menyakiti kalian semua,, semoga tuhan merahmati jasa kalian semua

Yuz_OLE said...

haha..btol tu latip...
aku sokong...trima kasih kepada en.anonymous...syabas!!!...hiphip hooray...
trima kasih juga kepada mereka2 yg telah memberikan ilmu..hope ikhlas la memberikan ilmu...hehe...
ciao caro...
arrividerci

Unknown said...

Salam buat semua

Saya tak menyebelahi sesiapa dalam perdebatan anda. Saya sebagai bekas tenaga pengajar ingin meluahkan pandangan saya. Pada pendapat saya, masing-masing ada betul dan salahnya. Pada mulanya perdebatan bermula dengan baik tetapi di pertengahan ianya menjadi tak professional pulak.

Ada orang yang membelitkan kenyataan denga menyatakan bahawa pihak itu mengutuk pihak ini secara terang-terang,sedangkan tiada pula dinyatakan dalam komen tersebut bahawa pihak itu menyebut nama organisasi pihak ini?Pada pendapat saya,seseorang yang mewakili pihak ini terasa tercabar lalu menggunakan nama organisasinya sebagai pelindung buatnya dan bagi mencetuskan kemarahan ahli-ahli organisasinya untuk bertindak memanaskan keadaan dan membantunya untuk memberi respon balas.Ahli-ahli organisasi pihak ini,cuba perhatikan perdebatan ini daripada awal,ada berlaku salah faham tetapi seseorang itu tidak mahu mengalah lalu mengatakan pihak itu mempertikaikan organisasi pihak ini.

Ada pula yang bermegah berpandukan dengan teori konsep semata-mata tanpa melalui pengalamannya sendiri. Pandai bermadah kerana ilmu akademik yang mereka timba dari pelajarannya itu tanpa menyedari teori itu kadang-kadang kita tidak boleh ikuti sepenuhnya tanpa mengalaminya sendiri.Ada pelbagai konsep dalam rekreasi dan terpulanglah kepada penggiat rekreasi untuk memilih konsepnya.Selagi konsep itu telahpun berjaya dilakukan berkali-kali tanpa ada masalah,teruskan.Ucapkan terima kasih kepada pihak itu kerana sudi memberi pandangan dan teguran terhadap konsep anda.Teguran atau cadangan dari pihak lain kita terima dengan baik, ambil yang apa yang sesuai dan cuba terapkan dalam konsep sedia ada. Kalau xde yg sesuai kita abaikan. tak perlu untuk melenting ini dan itu.Masing-masing ada konsep tersendiri mewujudkan kepelbagaian dalam rekreasi tanahair kita.Itu sesuatu yang baik!

Unknown said...

Sambungan...

Ada pulak pihak yang melenting seperti marah (katanya tidak) mula menghamburkan kata-kata yang tidak menyenangkan seperti mengejek dan memanggil dengan nama yang tidak baik.Mula dah jadi tak professional.adakah anda diajar sebegitu di dalam rekreasi? Memang dalam rekreasi kita perlu telus dalam kata-kata bukan hanya tahu berkata dalam blog(seperti Raja Petra), tetapi bukankan sikap seperti itu menunjukkan orang itu terasa dengan apa yang ditegur oleh pihak yang lain?Ada caranya memberi respon tetapi bukannya begitu.Kita rakyat Malaysia hidup bersopan santun. Sedarkah anda perbuatan seperti itu boleh menjatuhkan pihak lain yang ingin berkembang dan meningkat maju? Tidakkah kita mahu membantu bangsa kita sendiri untuk sama-sama maju?


Bagi yang masih baru, cubalah konsep anda itu sendiri bila anda mempunyai organisasi sendiri dalam rekreasi nanti.Jangan sekarang pandai bercakap dan menerangkan secara teori tapi bila ingin mengaplikasikan nanti tak dapat seperti apa yang di jangka.Dunia luar adalah lebih payah tidak seperti yang anda jangkakan.Banyak yang mungkin kecundang dan hanya yang kuat akan terus bertahan. Buktikan dulu konsep anda itu berjaya atau tidak dalam program anjuran anda, kemudian teruskan memperbaiki diri. Terima kasih kerana memberi pandangan dan teguran kepada pihak lain tetapi pedulikan konsep organisasi lain kerana itu hak mereka dan mereka telah buktikan semua itu telah berjaya tanpa masalah.Terbukti!Jadi di harapkan dalam pedebatan ini dapat menyedarkan masing-masing tentang kelemahan dan kekuatan masing-masing.Tiada gunanya kita asyik berdebat namun hasilnya tiada menyumbang kepada perjalan hidup bakal kita tempuhi nanti.Rasailah sendiri dahulu.

Seperti kata-kata yang dinyatakan oleh seseorang

"Leadership Development Is A Lifetime Journey, Not A Brief Trip."

fahamkah anda maksudnya?

Makin banyak ilmu yang anda tahu,makin banyak lagi yang anda tak tahu.

Walaupun anda hidup seribu tahun sekalipun, ilmu tidak akan habis anda kuasai.

Namun,timbalah ilmu sebaik-baiknya sehinggalah anda meninggalkan dunia ini.

Mohon ampun maaf dengan komen-komen saya.Tiada tujuan untuk menyebelahi sesiapa. Saya tidak mempunyai banyak ilmu.Segala yang buruk datang daripada saya sendiri,segala yang baik datang daripada ALLAH S.W.T.

Wassalam